SIAPA SAYA?
Saya Ashikin Ariffin atau nama penuh, Nur Ashikin binti Md Ariffin merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Estate Management (Kepujian) dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada tahun 2015. Saya telah memulakan kerjaya sebagai Perunding Hartanah Sejak Oktober 2015 di Rescom Realty Hingga Kini.
Sepanjang hampir 7 tahun saya menjadi Perunding Hartanah, saya telah membantu menyelesaikan masalah lebih 300 pemilik hartanah dalam menjualkan hartanah mereka.
Bagi saya, setiap urusniaga hartanah adalah unik, mempunyai cabaran dan masalah tersendiri, bukan sahaja kerana keadaan hartanah tersebut, malah status hakmilik, sekatan, profil pemilik, dan kekuatan kewangan bakal pembeli juga memainkan peranan dalam kejayaan satu2 urusniaga.
Oleh itu, skill menyelesaikan masalah adalah penting yang perlu digilap setiap Perunding Hartanah.
Whatsapp Ejen Semak NilaiSERVIS
PERKHIDMATAN SAYA
WHY CHOOSE ME
7 SEBAB KENAPA MEMILIH SAYA
Kajian Pesaing
Bukan anda sahaja menjual hartanah anda. Ramai lagi yang berbuat demikian. Saya membantu mengkaji pasaran dan pesaing supaya anda dapat menjual hartanah anda dengan segera.
Fotografi Hartanah
Salah satu punca hartanah terjual dengan cepat adalah gambar yang profesional dan cantik. Saya akan mengambil gambar hartanah anda secara profesional untuk di iklankan.
Teknik Pemasaran Yang Meluas & Berkesan
Hartanah anda akan di iklankan secara meluas dan menyeluruh di seluruh portal hartanah dan di pasarkan secara intensif oleh saya dan team saya.
Pasukan Ejen Hartanah Yang Komited
Anda bukan hanya dibantu oleh saya tetapi keseluruhan pasukan ejen hartanah yang komited yang lebih dari 100 orang ejen hartanah.
Rekod Prestasi (‘Track Record’) Yang
Memberangsangkan
Dengan lebih 300 pemilik hartanah yang telah di bantu dengan jayanya, semestinya saya mempunyai pengalaman luas dan rekod prestasi yang amat memberangsangkan. Pastinya anda memilih ejen hartanah yang tepat!
Jaringan Penilai, Peguam & Pegawai Bank Yang Luas
Dengan pengalaman dan hubungan yang mantap, saya mempunyai jaringan penilai, peguam dan pegawai bank bagi membantu melicinkan proses penjualan/pembelian hartanah.
Urusan Jualbeli Yang Komprehensif (A To Z)
Khidmat jual beli yang kami tawarkan adalah komprehensif dan lengkap dari A to Z. Bermula dengan lantikan, saya menawarkan khidmat nasihat dan konsultasi supaya rumah anda terjual segera, memasarkan hartanah anda di portal hartanah secara meluas, menguruskan proses negosiasi supaya anda mendapat nilai terbaik, membantu urusan permohonan pinjaman serta khidmat guaman, hinggalah rumah anda selesai terjual. Bagi saya, anda datang sebagai pelanggan dan tamat urusan kekal sebagai kawan.
- Profesional Fee – 3% daripada harga jualan. Nilai ini dibayar kepada agensi hartanah yang diwakili oleh ejen tersebut.
- SST – 6% daripada Profesional Fee yang dibayar.